Sunday, March 30, 2014

mukadimah

cita-cita aku satu.

hendak merantau kenal dunia. dari thailand ke china. dari russia ke britain. dari canada ke venuzuela. dari utara ke selatan. dari timur ke barat. baik di darat, di laut mahu di utara. jangka masa tak terhad. hidup mati dalam perjalanan.

untuk buat semua itu, aku perlu kerja. kumpul wang secukupnya. bukan untuk diri aku. tapi untuk keluarga. supaya nanti aku jadi lapang dada. harta yang ditinggal, asal cukup. supaya pemergian aku tidak membeban.

35. itu harapan aku. lebih awal, lebih bagus.

dalam tempoh dari hari ini hingga ke 35, aku akan kerja kuat. buat segala yang perlu. selesaikan hutang. itu paling top dalam list. along the way, kalau bertemu jodoh, aku bersyukur. jodoh, jikalau boleh, biarlah seorang yang turut mahu ikut sama dalam pengembaraan aku. jikalau tidak, biarlah seorang yang sanggup mahu tunggu kepulangan aku.

tinggal lagi 56 bulan.

No comments:

Post a Comment